11 GOLONGAN MANUSIA TERBAIK


💫 من هم خيرُ الناس ؟ 💫

Siapakah sebaik-baik manusia?

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

Sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam.

( *خيركم من تعلم القرآن وعلمه*) صحيح البخاري 5027

1. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain.

( *خياركم أحاسنكم أخلاقا* )
صحيح البخاري6035

2. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang terbaik akhlaknya.

( *خيركم أحسنكم قضاء* )
أي عند رد القرض .
صحيح البخاري رقم 2305

3. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang terbaik pembayaran hutangnya.

( *خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره* )
صحيح الترمذي / 2263

4. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang diharapkan kebaikannya dan selamat daripada kejahatannya.

( *خيركم خيركم لأهله* )
صحيح ابن حبان / 4177

5. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang terbaik terhadap isterinya.

( *خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام* )
صحيح الجامع / 3318

6. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang suka memberi makan dan menjawab salam.

( *خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة* )
الترغيب والترهيب 234/1
أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .

7. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang lemah lembut bahunya dalam sholat (dlm saf sholat dengan memberi ruang kepada saudaranya).

( *خير الناس من طال عمره وحسن عمله* )
صحيح الجامع 3297

8. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya.

( *خير الناس أنفعهم للناس* )
صحيح الجامع 3289

9. Sebaik-baik manusia diantaramu ialah yang paling memberi kemanfaatan kepada orang lain.

( *خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره* )
صحيح الأدب المفرد/84

10. Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap sahabatnya, sebaik-baik bertetangga ialah yang terbaik terhadap tetangganya.

( *خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
( *هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد* ) .
صحيح الجامع /3291

11 Sebaik-baik manusia ialah yang memiliki hati yang sejahtera (suci, taqwa, jauh dari dosa, jauh dari dendam, jauh dari dengki) dan lidah yang benar.

*جعلني الله واياكم من خير الناس*

*Semoga Allah menjadikan kita semua menjadi sebaik-baik manusia*.

*Aamiin yarobbal'alamiin
Blog, Updated at: 10:38:00 PM

0 komentar:

Post a Comment

Pustaka Aslikan | Learning and Knowledge Sharing |. Powered by Blogger.